Pages


Monday, 17 December 2012

TAGET @ TARGET









"dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W



.......................................................................................................







TARGET pada malam ini and pagi besok (mudah2an)....(^_^)''


> buat exercise FOREX 1 & 2 (susaa wuu)

> buat exercise CASH FLOW 2

> baca OB bab 12

> bangun awal besok....




tak lupa senantiasa mendekatkan diri kepada Dia, moga dipermudahkan Dia...;)


kurangkan FB please =) 




* masih terngiang kata ni, lupa baca katna, orang Islam yang baik itu adalah orang yang bagi salam and makanan kepada orang yang kenal and tak kenal, sangatlah jauh dengan diriku...








............................the eNd...............................














Sunday, 16 December 2012

CINTA SIAPA YANG KAU CARI?





Bismillahirahmanirrahim..
"selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W"



pada waktu ini, pada ketika ini, aku rasa sangat sepi, hati mulai tak tenang, takutnya aku bila terkenang dosa yang bertimbun...

di saat orang lain mencari cinta manusia, aku ingin menjauhi diri, aku takut jika terjatuh ke lembah kebinasaan, lemahnya wanita bila terkenang seorang lelaki...
tak sangka boleh post mcm ni..~.~

bila difikir balik, buat apa aku mencari cinta manusia yg tak halal jika selalu melupakan Dia, selalu meminggirkan Dia, selalu mengenepikan Dia, di dalam sembahyang pun boleh memikirkan yg lain..
nauzubillah...

aku takut Ya ALLAH,

Engkau yg berikan aku kesenangan,
Engkau yg berikan aku kehidupan (mudah2hannya dapatlah aku memperbaiki diri, bertaubat krn teringat kata2, sembahyanglah kamu sekunyuknya umpama kamu tak akan bertemu dengan sembahyang berikutnya)
Engkau berikan segala kemudahan...
tetapi aku tidak bersyukur malah mengingati yg lain..

Ya Allah, ampuni dosaku ini...
aku sentiasa ingin berada di bawah payung rahmat kasihMU...
aku ingin sentiasa mencari cintaMU, redhaMU...
semoga Engkau senantiasa meredhaiku Ya Allah...


...tidoq2,.asyik berFB saja!!






semoga sentiasa tersemat di hati























Friday, 14 December 2012

PENGAKHIRAN SEMESTER 5




Bismillahirahmanirahimm..
"selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W"



Alhamdulillah diberi peluang menghirup udara segaqq pd hari 1/2/34 iaitu 1 safar 1434..cantik bukan tarih hari ini ;)









means that ada sebulan lagi utk pengakhiran semester 5 di Universiti Ulu Malaysia..sedihhhh giiilaaa ;(

sebelum berakhirnya kena hadapi duluk final exam..antara ujian paling besor di universiti..habeh muka stress lepas ni..tetapi masa nila nak tengok perhubungan kita dengan Allah kukuh ka tak, kekuatan kita takat mana, nafsu kita macam mana, ukhwah kita, mak ayah kita and memacam lagi..tapi bagi aku, time nila aku nak buat benda aku jarang buat (tambah2 moviela) untuk hilang stress kononnya, then bila exam nganga jadiinya...

jadi untuk mengelakkan benda ni berulang aku kena balik ke pangkal jalan, ingatlah DIA yang selalu menguatkan hambaNya ketika susah, DIA banyak bagi masa, ruang and peluang untuk hambaNya, ingatlah orang yang banyak bersusah payah demi aku (mak ayah kak abang), kengkawan yang selalu berada di samping aku, lecturer yang tak jemu mengajaq student dia yang memacam pangai ;(

tak lupa saudara kita yang teraniaya di Palestin, Syria and seangkatan ;(




familiku ;)







sahabat masjid ;)







seangkatan ;)








free Palestin!!!!







Salam imtihan sahabat2 =)










Tuesday, 16 October 2012

PENCIPTA KITA, PEMBERI REZEKI




"ALLAH         ALLAH          ALLAH          ALLAH        ALLAH"       


         ampunilah aku, ampunilah hambamu yang selalu alpa ini


          "ALLAH          ALLAH            ALLAH         ALLAH          ALLAH                  ALLAH"

    
ingatkan jika aku terlupa,


"ALLAH      ALLAH         ALLAH          ALLAH"                 


aku lemah tanpaMU, akulah hambaMU yang tak terdaya, kadang-kadang gagal mengekang hawa nafsu


"ALLAH       ALLAH       ALLAH          ALLAH            ALLAH           ALLAH        ALLAH"


tolonglah hambaMU ini, moga hambaMU ini adalah dikalangan orang yang beriman, hamba yang soleh, hamba yang bertaqwa


        "ALLAH             ALLAH           ALLAH                ALLAH"            





jadikanlah aku anak yang soleh, anak yang sentiasa menurut perintah ibu bapanya, anak yang menjadi penyejuk hati, anak yang cekal dan tabah menghadapi cabaran dan ujian dalam keluarga



ALLAH     ALLAH            ALLAH            ALLAH                ALLAH          ALLAH             ALLAH      ALLAH



sayangilah ibu bapaku seperti mana mereka menyayangi semasa kecil, moga mereka adalah dikalangan hamba-hambaMU yang soleh




"ALLAH    ALLAH       ALLAH    ALLAH"     




Aku ingin syahid,
Mujahid, 

Mengejar sorga yang abadi,
Yang abadi!
Kerana aku rindu,
Aku ingin ketemu,
Yang abadi!
Ya Allah! Jadikan aku,
Pejuang tsabat obor agamaMu,
Mati syahid impian yang satu,
Mengejar pelangi, selangit biru.










Wednesday, 10 October 2012

HARI INI..


Hari ini bangun agak lambat walaupun terjaga awal jugak tapi tidoq balik!
Awat taw terlalu mengikut hawa nafsu. Kalau hari-hari macam ni tak ada perubahan bilanya nak solat Tahajud, padahal kita taw banyak kebaikan, banyak manfaat yang akan dapat tetambah lagi rasa lebih dekat dengan DIA. 

Ada penah dengaq ada seorang Ustaz cakap bila kita meredhai apa yang semua nafsu nak maka dengan ini mendekatkan diri kita dengan maksiat. Jadi sangatlah penting berjihad dengan nafsu sebabbb jihad dengan nafsu adalah jihad yang paliiinnngg besaaqq.

Jadi camna agaknya nak kita bangun cepat? 

Nak bagi sedikit perkongsian dari sahabat TIPS bangun Tahajud..

First sekali, niat itu perlu sebelum kita memengsankan diri.

Then, berusaha hilangkan ngantuk dengan p bilik ayaq BERSUGI,..huhu rajinlah sangat aku ni nak bersugi =)

Next pulak, ikut sunnah Rasulullah membaca 10 ayat terakhir Surah Ali-Imran.




Kata Imam Al-Ghazali, 

Menyedikitkan makan, kerana banyak makan akan banyak minum dan banyak tidur sehingga susah bangun tahajjud.

Mengurangi kesibukan, keletihan dan pekerjaan-pekerjaan berat di siang hari kerana apabila terlalu letih maka akan banyak tidur.

Jangan meninggalkan qailullah (tidur pada siang hari) kerana ini juga akan memudahkan bangun malam. Rasulullah saw bersabda “Qailullah-lah di siang hari dan carilah pertolongan Allah Qiyamulail"


 

Hindarilah maksiat dan dosa-dosa kerana ini juga memudahkan bangun malam. Sebab apabila seorang berdosa maka hatinya akan keras dan kerasnya hati akan menjauhkan diri dari Allah SWT.


Menjaga hati dari sifat kinah (mengada-ada), bid’ah serta merisaukan dan memikirkan perkara duniawi, kerana barang siapa sibuk dengan memikirkan dunia, ia tidak akan mudah untuk bangun malam.

Takut akan akhirat, membayangkan pemandangan neraka, dan menahan tidur manusia.

Fikirkanlah keutamaan tahajjud yang tertera dalam ayat al-qur’an, hadits, dan atsar. Supaya timbul ghairah dalam hati untuk mendapatkan pahala.

Timbulkanlah keyakinan dalam hati bahwa berapa banyak ayat Al-qur’an yang di baca dalam solat, hakikatnya adalah berbicara pada Allah SWT dan Allah SWT mengetahuinya.

Jadi moga dipermudahkan oleh Allah ;)

JIHAD! JIHAD! fisabilillah

wallahualam..
















Monday, 17 September 2012

PUISI SEORANG HAMBA



"Bismillahirrahmanirrahimm"

Assalamualaikum saudara seIslamku,.

Moga diberi kesihatan, diberi kekuatan oleh Allah SWT



Di keheningan malam itu,
Aku keseorangan,
Menongkat dagu di atas meja,
Termangu-mangu memikirkan,
Masalah yang selalu bertandang,
Mengapa ia selalu datang,
Ketika aku sedang bergumbira di rumah,
Adakah ini menunjukkan aku seorang munafik,
Nau’zubillahiminzalik,
Kumohon dijauhkan,
Hanya kepadaNya kumemohon,
Supaya diberi kekuatan,
Untuk mengharungi ujian sekecil ini,
Sungguhlah aku ini,
Sangat lemah dalam bermujahadah,
Di mana kekuatan Iman, Islam & Ihsan dalam diri?
Adakah aku mempunyai penyakit wahan?
Penyakit yang cinta akan dunia,
Akhirat dipinggirkan,
Hiburan diagungkan,
Majlis agama dielakkan,
Semoga yang buruk dijadikan sempadan,
Hanya menuju keredhaan Tuhan,
Wallahualam.


semoga Iman ini selalu diubati...=)