Pages


Saturday 3 September 2016

MUSAFIR


Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah..kupanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Banyaknya nikmatNya yang tidak mampu aku hitung. Tetapi hambaNya ini selalu di dalam keadaan yang leka. Semoga penghijrahan ini adalah penghijrahan yang baik buatku. Semoga kekal istiqamah.

Bila buka balik belog ni, baru aku perasan dah setahun tak updates belog ni. Last updates pasal aku kerja di syarikat construction dan masa tu awal Zulhijjah. Ni aku updates balik untuk kerja yang baru di 1 Zulhijjah jugak tapi tahun yang lain..hehe. 

Bila diingat rasa bersyukur alhamdulillah banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang kerja di tempat kerja lama. Lepas dah setahun lebih kerja di sana baru aku bagi notis berenti kerja. Alhamdulillah bos dan staff office lama memahami aku.

Banyak cabaran yang aku hadapi semasa di tempat kerja lama tapi tak seteruk ujian yang dihadapi orang lain. Tak seberapa cabaran ni. Tapi ini semua pengalaman yang akan mematangkan aku yang bermula dari zero.

Semasa awal-awal bekerja, aku sudah rasa agak sesak nafas untuk teruskan bekerja di office tu. Banyak yang aku kena buat. Awal-awal lagi dah rasa macam nak berenti kerja tapi demi sesuap nasi, gagahkan juga..hehe..macam teruk sangat. Tak kuat sungguh aku waktu tu. Masa tu pulak nak kena jaga hati semua pihak. Tapi dalam masa yang sama dapat pengalaman bekerja dengan orang yang lain-lain perangai.

Task yang aku buat masa tu melibatkan bahagian admin, account, gst dan menjadi P.A serta pemantau pekerja-pekerja site dari jauh. Mula-mula agak penat tambah-tambah nak kena jaga hati sumorang. Semua arahan orang atasan aku kena ikut. Syarikat aku melibatkan banyak company. Jadi banyak arahan.

Bila rasa tension and stress, balik ja dari kerja mesti selalu buka bermacam web untuk cari kerja baru. Tapi bila rasa macam kerja dah okay sikit aku rasa sayang pula nak berenti. Rasa kasihan. Tu yang aku stay. Masa tu yang aku ingat dalam kepala yang aku nak ubah pengurusan jadi elok balik. Nak perbaiki akaun syarikat yang ada sedikit kecelaruan. Tapi aku tak sempat buat semua tu. Ada saja masalah baru yang timbul.

Semua benda dari benda yang kecil sampailah yang besar aku kena taw. Nanti orang atasan akan tanya aku satu persatu. Kekadang rasa nak lari ja dari tanggungjawab tu. Tu yang aku nak sangat cari kerja baru. Selalu sangat aku cari. Dalam masa yang sama aku share jugak kerja kosong dengan kengkawan. Mana taw rezeki kawan-kawan aku.

Lama-lama pekerja-pekerja yang bermasalah pun berenti. Tinggallah aku. Masa tu company susah sikit sebab tak ada projek. Memang ura-ura nak tutup sebab tak mampu nak tanggung kos company tu. Tapi aku bersyukur sebab dapat buat kerja dengan aman..hehe. Tapi kerja-kerja pekerja tu aku tak reti handle sangat. Terpaksa cari sendiri camna nak buat. Paling aku stress bila nak kena isi tender. Memang tak reti. Terpaksa tanya bekas pekerja yang berenti tu.

Pastu aku kena handle pekerja baru. Kena ajar satu-satu. Tetambah lepas aku ada attend satu interview, office cukup risau tak ada back up. Jadi kena ajar semua perkara berkenaan dengan company kepada pekerja baru dan dalam masa yang sama kena pantau semua kerja.

Kekadang terpikir yang aku terlalu menjaga hati-hati orang di pejabat dari yang atas sampailah staf bawah sampaikan lupa nak jaga hati sendiri. Tu belum hati mak ayah aku yang tertunggu-tunggu masa nak jemput aku balik rumah hujung minggu. Selalu sangat depa tunggu aku. Tu belum masuk bahagian ibadat. Solat lewat sebab nak siapkan kerja. Teruk3.

Beberapa hari sebelum masuknya bulan Muharram iaitu hampir setahun yang lalu aku dapat offer kerja sebagai pembantu juruaudit; kerja yang aku idamkan jugakla. Dah lama aku attend interview dan lima bulan lepas tu baru dapat keputusan. Aku bersyukur sangat-sangat. Tapi dalam masa yang sama berat jugak nak tinggalkan office lama.

Dengan keadaan office yang kurang stabil, aku terpaksa memberi notis dan mereka tak ambil apa-apa tindakan terhadapku. Sebab inilah syarat yang mereka berikan semasa aku mula bekerja dulu iaitu apabila dapat offer kerja gov baru boleh berenti. Kalau tak, mereka memang tak benarkan berenti.

Walaupun suka tapi rasa takut dalam masa yang sama. Aku sedih nak tinggalkan pejabat yang dah sebati denganku. Sedih nak berpisah. Sedih nak tinggalkan meja aku. Sedih nak tinggalkan kerja. Walaupun memang dah lama rasa nak berenti.

Kerja yang baru bermula 2 Muharram. Aku dikehendaki lapor diri di Pulau Pinang. Lepas dah siap-siap kemas dan tingggalkan pejabat, aku mula berhijrah ke Penang pada 1 Muharram.

Alhamdulillah aku diterima dengan baik di sana. Dapat kawan yang selalu sharing and caring kat aku..hehe. Terima kasih Ya Allah.

Aku selalu berharap yang aku dapat jalankan amanah yang diberikan ini dengan baik dan tidak sia-siakan peluang yang diberikan. Dalam masa yang sama aku ingin belajar semua perkara dalam organisasi ini dan membantu masyarakat setempat.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ^^,

Maaflah kalau rasa post ni tak matang ka apa. Almaklumlah baru mula kerja. Rasa nak kerja yang senang saja..hehe ;p





Hari-hari balik kerja naik feri. Syok oo..


Environment depan office..


Hari-hari dapat tengok laut..







Thursday 25 September 2014

First Day Kerja








Bismillahirrahmanirrahimm..

Alhamdulillah harini hari Jumaat penghulu segala hari dan aku hampir terlupa yang hari ini juga merupakan hari permulaan bagi bulan Zulhijjah. Cepat sungguh masa berlalu.

Umum yang kita tahu bulan Zulhijjah terutama di antara hari pertama sehingga 10 Zulhijjah digalakan menambah amal ibadah. Tetapi kita jarang menitikberatkan ibadah pada bulan ini. Selalu ingat nak raya saja (akulah kot ^_^). 

Sungguh cepat masa berlalu tapi aku masih menjalankan hari-hariku seperti biasa. Semoga Allah memberiku kekuatan untuk membina diri. Sebelum berdakwah pada orang lain, aku perlu berdakwah dengan diriku dahulu. 

Biarlah kita menjadi orang yang tidak dikenali daripada orang yang mengejar publisiti. Kerana perlunya menjaga hati daripada perasaan ujub dan riak. 

Biarlah dicemuh, dihentam, dibenci kerana menegakkan kebenaran seperti apa yang terjadi kepada Tuan Guru Hj Hadi. Sentiasa membuang yang keruh dan ambil yang jernih.

Alhamdulillah semasa 2 September yang lalu aku memulakan khidmatku sebagai salah seorang pekerja di sebuah syarikat engineering dan construction. Syarikat yang kecil saja tetapi aku sangat menghargai peluang yang diberikan kerana aku ingin menagih pengalamanku di sini. 

Semoga selama aku bekerja di sini mendapat keredhaanNya kerana kutahu terdapat masalah yang berlaku di dalam syarikat ini. Bila kita jauh dariNya, maka mudahlah kemungkaran akan berlaku. 

Semasa ingin memulakan pekerjaanku pada hari pertama, sangat berat rasanya ingin pergi bekerja kerana diserang demam yang membuatku tiada tenaga tetapi aku gagahkan juga. Dengan menaiki motor dari jarak 50 km, aku tercari-cari tempat kerja. Pusing sana, pusing sini, tak jumpa. Tanya sana, tanya sini tak jumpa jugak. Rasa tak larat sangat. Camnilah bila last minutes baru nak cari. 

At last aku pun bertanya pada sorang pak cik yang sedang membaca 'paper'. Mulanya aku bertanya di mana surau dekat-dekat situ sebabnya office aku bersebelahan dengan surau. Rupanya dia tengah duduk depan surau. Dia tak pernah dengar nama office aku tapi dia try tolong aku cari. Memang pun sebelah ja dengan surau. Tapi office aku tingkat atas. Memang aku tak perasan.

Bersyukur sangat bila dah sampai office. Perasaan ketaq memang tak ada disebabkan demamku melawan perasaan tu. Sesampai saja barang yang aku bawa berterabur semasa aku membuka pintu. Tak ada tenaga barangkali.

Disuruh membaca profile syarikat, aku gagahkan juga walaupun kekadang mata ni terasa berat. Dalam hati terasa nak sangat balik berubat di kampung hanya Allah yang tahu. 

Semasa sesi bertemu dengan big boss, aku bersyukur dia tidak mempersoalkan kesihatanku kerana batuk yang teruk semasa dibiliknya sampaikan mengalir air mata ni. 

Bila dapat balik ke rumah semasa cuti hujung minggu yang kutunggu-tunggu, dapatlah aku berehat dengan sepenuhnya disebabkan demam yang tidak juga sembuhnya sampailah minggu berikutnya. Dengan badan yang lemah dan perasaan ingin berhenti kerja yang tinggi kerana tidak mahu menyusahkan syarikat itu disebabkan kondisi aku yang masih tidak stabil, aku pun membuat panggilan pada salah seorang pengarah syarikat, tetapi dia memberiku cuti seminggu dan tidak mahu menghentikan khidmatku. Aku bersyukur.

Selepas demam hampir dua minggu, Allah mengembalikan balik kesihatanku. Semoga selama aku demam menjadi kafarah dosa buat diri. 

Kini, aku menjadi lebih bersemangat ingin bekerja. Walaupun banyak ditegur, semoga hari-hari kerjaku menjadi pengalaman yang sangat manis. ^_^












Monday 4 August 2014

PRAY 4 GAZA





Ya Allah,

luluhnya hatiku melihat saudaraku dicincang, dirobek, dibunuh sesuka hati 

tanpa belas kasihan..

sementara aku di sini melalui hari-hariku tanpa punya masalah..

Ya Allah,

aku takut..

aku malu..

aku tidak sekuat mereka..

Ya Allah,

bantulah mereka, bantulah mereka..

berilah kekuatan kepadaku untuk membantu mereka..

membantu saudara-saudaraku yang tidak berdosa..

Ya Allah,

bawalah hambaMu ini ke jalan yang Engkau redhai..

Amiinnn..

#PrayforGaza


Kanak-kanak Palestin yang syahid

Kekuatan Bridged Al-Qassam yang luar biasa












Tuesday 4 February 2014

JAGA LIDAH & PERBUATAN





manusia terkadang mulut tak pandai jaga..
ikut cakap sedap mulut saja..
betoi ka?

mungkin aku salah sorangnya..
lupa dengan keadaan sekeliling yang tak semua orang dapat terima apa yang kita kata..

bila dipikir balik kenapa kita suka kutuk-kutuk orang cthnya dari Bangladesh, India, Nepal, Myanmar and sewaktu dengannya..
sebab depa hitam ka..
ka sebab depa terlalu mundur..

yala, aku tengok yang tak elok selalu tuju kat depa..
hitam ka putih depa tu tetap manusia yang ada hati dan perasaan..
kehidupan tak seindah/sesenang/semudah hidup kita..
tengokla susahnya depa sampai terpaksa cari rezeki sampai ke sini..
kerja pulak yang susah-susah and berat-berat..

terpaksa tinggalkan mak ayah, keluarga semua dan kampung halaman semata-mata mencari rezeki yang halal di sini..
banyak jugak pengorbanan depa..

aku ingat lagi dulu dapat sorang lecturer akaun dari Bangladesh..
memang baguuih and salute jugakla kat dia..
jarang nak jumpa orang dari Bangladesh yang kerja hebat-hebat kat sini..
ataupun memang aku yang tak jumpa..

lecturer ni selalu ambil berat pasal aku and kengkawan..
memang concernla cuma kamila yang tak ambek berat kat diri masing-masing..
dia selalu ontime..
aku lak selalu lambat..
alasannya basla..huhu
dia tak suka cancel kelas and tak suka kat Malaysia banyak sangat cuti..
siap buat kelas tambahan lagi..
dah tu aku pulak kena duduk depan selalu kena tanya..

ada sekali aku penah buat masalah besaq kat dia..
aku dengan group assignmen try ponteng presentation yang patutnya kami attend disebabkan tak ada persediaan yang dibuat..
dia marah sangat-sangat sampai tak akan bagi dah peluang untuk kami and markah kosongla..
mungkin kalau aku kat tempat dia pun aku buat camtu jugak..
nak harapkan markah final exam memang macam tak ja..

lepas tu, kami bersalah gila kat dia sebab main-main dgn task yg dia bagi..
kami pun apa lagi, cepat-cepat p bilik dia mintak maaf..
walaupun takut nak jumpa, wajib jugak mintak maaf..
dia pun dah macam malas melayan orang macam kami ja..
dia senyum saja sambil cakap markah kami kosong..alamak!
aku senyum ja dekat sebab aku memang tak taw nak cakap apa..
Mesti dia cakap aku ni nampak ja baik tapi perangai buruk..huhu

dalam kepala aku dok pikir,,
nanti mesti dia bagi peluang punya..
dia nak tengok kami berubah ka dak..
aku rasa dia bukan saja-saja buat macam tu..

lepas-lepas tu memang malu kalau terserempak dgn dia..
kadang-kadang tak faham sangat dia cakap..
aku senyum ja dalam tak faham..hehe

tengok-tengok dia cakap group aku yang problemo ni last group yang akan present..
alhamdulillah..
akhirnya bagi jugak peluang..
boleh fail aku kalau macam ni..
tapi masa present serius gila..
tanya macam-macam..
tapi alhamdulillah boleh jawab walaupun tergagap-gagap..
tapi aku puas hatila masa presentation sebab aku prepare kot..
walaupun aku bukan pandai speaking..
ditambah confident tak seberapa..
siap suruh group aku perbaiki english lagi..

TAPI bila tengok carrymark tinggi jugakla dia bagi..
tak layak pun bagi aku..
dia memang tolong banyakla..

tapi exam aku tak boleh jawab sangat..
jadi markah biasa-biasa saja..

"Nikmat apa yang aku dustakan.."

=(

dan aku ingat lagi dia cakap orang Malaysia memang suka cuti..
dan orang Malaysia memang manja..
dia orang lulusan universiti kat Jepun memanglah akan cakap macam tu.. =D

PEACE YO!











wallahualam.... <3








 

Tuesday 21 January 2014

LAST Sem, OTW Practical



alhamdulillah..

kupanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi atas segala nikmat yang diberikan..
dapat habeskan semester yang terakhir dengan baik walaupun ada beberapa ujian yang tak dijangka..
macam tak percaya ja tapi inilah hakikatnya..
bila difikirkan balik, 
semasa ngaji dulu ada masa prestasi semakin baik dan terkadang ada banyak kali aku down..
terlalu mengikut hawa nafsu..huhu

last sekali, tak dapat buat betul-betul semester akhir ni..
yang dah lepas aku redha saja, yang nak ke depan ni aku kena buat betul-betul untuk praktikal insya Allah awal bulan dua nanti..
nanti aku kena duduk rumah sewa walaupun rumah taklah jauh sangat and aku boleh ja nak tumpang kakak ipaQ pi kerja sebab area dekat..
tapi aku sengaja duduk rumah sewa sebab teringin nak survive sendiri..
yalah, aku nak belajaq berdikari jugak sebab aku ni memang lemah sikit..
lagipun, family tak harap sangat
tapi mak ayah aku tak macam dulu lagi..
mak ayah dah tak laqat macam dulu..
lepas ni aku pulak kena jaga depa selepas depa dah bersusah payah jaga aku sebelum ni..
harapan aku, sahabat handai and semua di luar sana tentula nak balas jasa mak ayah selagi jika diberikan peluang..

dan menolong orang-orang yang susah..
tolong saudara-saudara yang ditindas..
depa ni dah jadi tanggungjawab kita..
bila kita susah..
depa sentiasa berikan pertolongan mungkin bukan dengan wang ringgit tapi dengan mengerah tenaga depa..
dan sebahagian dari rezeki kita bukan milik kita saja..
milik orang lain juga..

ingat lagi semester dua dulu..
lecturer akaun kelas aku selalu cakap..
apa yang kita makan tu habis untuk kita,
apa yang kita tinggal, dah bukan milik kita,
apa yang kita bagi, itu hak kita..
mungkin maksudnya camni kot..
apa yang kita makan tu habis setakat kita makan saja dan itulah rezeki kita..
apa yang kita tinggalkan kat dunia bukan dah milik kita lagi dah, mungkin milik anak-anak kita ataupun orang lain..
apa yang kita bagi pulak itulah hak kita kat akhirat nanti, yang itulah bakal menolong kita..
walaupun sikit kita bagi tapi niat yang ikhlas, niat betul-betul nak tolong, niat yang memang dah cantek molek, insya Allah yang itulah bakal menolong kita nanti..

harapnya dapatlah diberikan peluang,
sebenarnya kebahagiaan bukan terletak pada harta maupun wang ringgit tapi degan bersifat qanaah..
bersyukur walaupun sedikit..
redha dengan apa yang kita dapat,
tu yang aku nampak kat orang lainla..
banyak yang aku kena belajar lagi..
belajar dengan kehidupan..

barang lum kemaih lagi ni..
ingat cuti nak tolong mak ayah tapi dah jadi pengasuh separuh masa sekarang..
its okla..
belajaq jadi makcik yang baik..kikiki

ingat masa yang ada yang singkat nak habeskan dengan membaca buku..
tapi lum start lagi.. -_-



p/s: bakal bercuti ke Langkawi insya Allah..peace! ^^







Wednesday 20 November 2013

KISAH KESEDERHANAAN HIDUP UWAIS AL-QARNI







Bismillahirrahmannirrahimmm....

Pada slot kali ini, aku terasa nak sangat kongsi kisah Uwais Al-Qarni yang menjadi sebutan penduduk langit. Aku suka sangat baca artikel ni dan perlu kot aku kongsi dan kisah ni banyak bagi motivasi kat aku. Aku harap aku pun jadi macam dia yang tak mengejar dunia. Dia redha dengan segala yang Allah tetapkan pada dia. Mudah-mudahan. ^^

Kisah ni copy dari IluvIslam..










>>Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan. 

Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya. 

Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia, namun sangat terkenal di antara penduduk langit. 

Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya. 

Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan kabilah Robi'ah dan kabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya. 

Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...

Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya. 

Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.

Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:

"Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri."

Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.

Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. 

Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.

Kesibukannya sebagai penggembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.

Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.

Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.

Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?

Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.

Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.

Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, 

"Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?"

Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.
Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.

Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,

"Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang."

Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.

Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.

Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.

Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.

Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.

Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.

"Engkau harus lekas pulang."

Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.

Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.

Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.

Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.
Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya."

Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:

"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."

Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.

Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.

Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.

Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.

Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.

Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.

Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.

Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.

Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,

"Siapakah nama saudara?"

"Abdullah." Jawab Uwais.

Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,

"Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?"

Uwais kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."

Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.

Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.

Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,

"Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian."

Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,

"Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."

Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.

Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,

"Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.

Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.

Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.

Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.

"Wahai waliyullah, tolonglah kami!" Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,

"Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"

Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,

"Apa yang terjadi?"

"Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" Tanya kami.

"Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" Katanya.

"Kami telah melakukannya."

"Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!"

Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.
Lalu orang itu berkata pada kami,

"Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat."

"Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami.

"Uwais al-Qorni." Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya,

"Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang 
dikirim oleh orang Mesir."

"Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?" Tanyanya.

"Ya!" Jawab kami.

Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk di kafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.

Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.

Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."

(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)

Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.

Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.

Mereka saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"

"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."

Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.

"Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."




semoga kita mendapat ibrah dari kisah ini.

Wednesday 30 October 2013

KELEBIHAN SOLAT





Bismillahirrahmanirrahhim....


 >>>>Pada ruangan kali ini, aku ingin berkongsi tentang kelebihan solat di mana solat itu perintah Allah yang wajib kita laksanakan iaitu solat lima waktu. Ada FirmanNya mengatakan solat ini dapat mencegah dari perkara keji dan munkar. Tetapi kalau solat belum sempurna, buat sambil lewa, solat macam ayam kena palu, sejauh mana ia dapat mencegah kemunkaran. Tepuk dada, tanya iman.


>>>>Kalau tidak isqamah dan tidak berusaha untuk melaksanakan solat sesempurna yang mungkin, susah sebenarnya kemunkaran itu dapat dicegah. Solat itu sangatlah berat kecuali orang-orang yang kusyuk. Disebabkan iman terkadang naik turun- naik turun, aku adalah orang yang tidak terkecuali mempunyai masalah solat. Terkadang solat dilewat-lewatkan. Semoga Allah mengampuni insan ini dan diberikan kekuatan untuk melaksanakan solat di awal waktu.




Aminnn





#10 Kelebihan Orang Bersolat 


1. Diberi nur pada wajah.



2. Dikurniakan ALLAH SWT akal yg cerdas & otak yang pintar.



3. Hati bercahaya & tenang jiwa.



4. Sejahtera keluarga (sakinah, mawaddah, warahmah)

5. Diberi kesihatan yg baik & cergas anggota badan.

6. Dapat rahmat & hidayah dari ALLAH SWT

7. Terbuka pintu langit & doa dimakbulkan Allah s.w.t.

8. Diberatkan timbangan amal & menerima buku catatan amal melalui tangan kanan di akhirat kelak.

9. Dipermudahkan jalan menuju ke syurga Allah.

10. Akan bertemu ALLAH SWT dengan redhaNya.

(Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani)




Jom solat ^^v