Pages


Tuesday 29 May 2012

MUHASABAH DIRI

Syeikh Abdul Kadir Jailani pernah berkata :


>> Apabila bertemu dgn SESEORANG, maka lihatlah kelebihan yg ada padanya, & engkau katakanlah kpd dirimu sendiri "Mudah-mudahan jadilah dia di sisi ALLAH lebih baik drpd aku & semoga Allah mengangkat darjatnya".

>> Sekiranya dia adalah orang yg lebih muda drpd engkau maka katakanlah "Dia belum lagi menderhaka kpd Allah sedangkan aku sudah banyak menderhaka kpd ALLAH. Maka x ragu lagi dia lebih baik daripada aku"
 

>> Sekiranya dia adalah seseorang yg lebih tua daripada engkau maka katakanlah "Dia adalah orang yg lebih dahulu meyembah & berbakti kpd ALLAH daripada aku"

>> Sekiranya dia adalah orang yg alim maka katakanlah "Dia telah diberikan oleh ALLAH apa yg aku x dapat & dia mengetahui apa yg aku x tahu"

>> Sekiranya dia seorang yg jahil maka katakanlah "Dia adalah orang yg menderhaka kpd ALLAH kerana kejahilannya sedangkan aku menderhaka kpd ALLAH dalam keadaan aku mengetahui  & aku x mengetahui bagaimanakah kesudahanku & kesudahannya"

>> Sekiranya dia adalah seorang yg kafir maka katakanlah "Aku x tahu, mungkin akhirnya dia memeluk Islam & mati dalam keadaan husnul khatimah & mungkin aku jd kafir & mati dalam keadaan suul khatimah" nau'zubillah

Ayuhh Sahabat-sahabat dirahmati ALLAH, marilah kita bersangka baik, insyaAllah ada kebaikan disebaliknya ^,^

No comments:

Post a Comment