Pages


Wednesday 10 October 2012

HARI INI..


Hari ini bangun agak lambat walaupun terjaga awal jugak tapi tidoq balik!
Awat taw terlalu mengikut hawa nafsu. Kalau hari-hari macam ni tak ada perubahan bilanya nak solat Tahajud, padahal kita taw banyak kebaikan, banyak manfaat yang akan dapat tetambah lagi rasa lebih dekat dengan DIA. 

Ada penah dengaq ada seorang Ustaz cakap bila kita meredhai apa yang semua nafsu nak maka dengan ini mendekatkan diri kita dengan maksiat. Jadi sangatlah penting berjihad dengan nafsu sebabbb jihad dengan nafsu adalah jihad yang paliiinnngg besaaqq.

Jadi camna agaknya nak kita bangun cepat? 

Nak bagi sedikit perkongsian dari sahabat TIPS bangun Tahajud..

First sekali, niat itu perlu sebelum kita memengsankan diri.

Then, berusaha hilangkan ngantuk dengan p bilik ayaq BERSUGI,..huhu rajinlah sangat aku ni nak bersugi =)

Next pulak, ikut sunnah Rasulullah membaca 10 ayat terakhir Surah Ali-Imran.




Kata Imam Al-Ghazali, 

Menyedikitkan makan, kerana banyak makan akan banyak minum dan banyak tidur sehingga susah bangun tahajjud.

Mengurangi kesibukan, keletihan dan pekerjaan-pekerjaan berat di siang hari kerana apabila terlalu letih maka akan banyak tidur.

Jangan meninggalkan qailullah (tidur pada siang hari) kerana ini juga akan memudahkan bangun malam. Rasulullah saw bersabda “Qailullah-lah di siang hari dan carilah pertolongan Allah Qiyamulail"


 

Hindarilah maksiat dan dosa-dosa kerana ini juga memudahkan bangun malam. Sebab apabila seorang berdosa maka hatinya akan keras dan kerasnya hati akan menjauhkan diri dari Allah SWT.


Menjaga hati dari sifat kinah (mengada-ada), bid’ah serta merisaukan dan memikirkan perkara duniawi, kerana barang siapa sibuk dengan memikirkan dunia, ia tidak akan mudah untuk bangun malam.

Takut akan akhirat, membayangkan pemandangan neraka, dan menahan tidur manusia.

Fikirkanlah keutamaan tahajjud yang tertera dalam ayat al-qur’an, hadits, dan atsar. Supaya timbul ghairah dalam hati untuk mendapatkan pahala.

Timbulkanlah keyakinan dalam hati bahwa berapa banyak ayat Al-qur’an yang di baca dalam solat, hakikatnya adalah berbicara pada Allah SWT dan Allah SWT mengetahuinya.

Jadi moga dipermudahkan oleh Allah ;)

JIHAD! JIHAD! fisabilillah

wallahualam..
















2 comments:

  1. jom sabirah..kuatkan sesama kte.sbb tahajud tu waktu yg mulia,sbb tu sesetengah je yg mampu.jom jd yg sesetengah tu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah mira..kalau mira bgn kejut kami skali..nak dekatkan kmbali ngan DIA.. X)

      Delete