Pages


Thursday 25 September 2014

First Day Kerja








Bismillahirrahmanirrahimm..

Alhamdulillah harini hari Jumaat penghulu segala hari dan aku hampir terlupa yang hari ini juga merupakan hari permulaan bagi bulan Zulhijjah. Cepat sungguh masa berlalu.

Umum yang kita tahu bulan Zulhijjah terutama di antara hari pertama sehingga 10 Zulhijjah digalakan menambah amal ibadah. Tetapi kita jarang menitikberatkan ibadah pada bulan ini. Selalu ingat nak raya saja (akulah kot ^_^). 

Sungguh cepat masa berlalu tapi aku masih menjalankan hari-hariku seperti biasa. Semoga Allah memberiku kekuatan untuk membina diri. Sebelum berdakwah pada orang lain, aku perlu berdakwah dengan diriku dahulu. 

Biarlah kita menjadi orang yang tidak dikenali daripada orang yang mengejar publisiti. Kerana perlunya menjaga hati daripada perasaan ujub dan riak. 

Biarlah dicemuh, dihentam, dibenci kerana menegakkan kebenaran seperti apa yang terjadi kepada Tuan Guru Hj Hadi. Sentiasa membuang yang keruh dan ambil yang jernih.

Alhamdulillah semasa 2 September yang lalu aku memulakan khidmatku sebagai salah seorang pekerja di sebuah syarikat engineering dan construction. Syarikat yang kecil saja tetapi aku sangat menghargai peluang yang diberikan kerana aku ingin menagih pengalamanku di sini. 

Semoga selama aku bekerja di sini mendapat keredhaanNya kerana kutahu terdapat masalah yang berlaku di dalam syarikat ini. Bila kita jauh dariNya, maka mudahlah kemungkaran akan berlaku. 

Semasa ingin memulakan pekerjaanku pada hari pertama, sangat berat rasanya ingin pergi bekerja kerana diserang demam yang membuatku tiada tenaga tetapi aku gagahkan juga. Dengan menaiki motor dari jarak 50 km, aku tercari-cari tempat kerja. Pusing sana, pusing sini, tak jumpa. Tanya sana, tanya sini tak jumpa jugak. Rasa tak larat sangat. Camnilah bila last minutes baru nak cari. 

At last aku pun bertanya pada sorang pak cik yang sedang membaca 'paper'. Mulanya aku bertanya di mana surau dekat-dekat situ sebabnya office aku bersebelahan dengan surau. Rupanya dia tengah duduk depan surau. Dia tak pernah dengar nama office aku tapi dia try tolong aku cari. Memang pun sebelah ja dengan surau. Tapi office aku tingkat atas. Memang aku tak perasan.

Bersyukur sangat bila dah sampai office. Perasaan ketaq memang tak ada disebabkan demamku melawan perasaan tu. Sesampai saja barang yang aku bawa berterabur semasa aku membuka pintu. Tak ada tenaga barangkali.

Disuruh membaca profile syarikat, aku gagahkan juga walaupun kekadang mata ni terasa berat. Dalam hati terasa nak sangat balik berubat di kampung hanya Allah yang tahu. 

Semasa sesi bertemu dengan big boss, aku bersyukur dia tidak mempersoalkan kesihatanku kerana batuk yang teruk semasa dibiliknya sampaikan mengalir air mata ni. 

Bila dapat balik ke rumah semasa cuti hujung minggu yang kutunggu-tunggu, dapatlah aku berehat dengan sepenuhnya disebabkan demam yang tidak juga sembuhnya sampailah minggu berikutnya. Dengan badan yang lemah dan perasaan ingin berhenti kerja yang tinggi kerana tidak mahu menyusahkan syarikat itu disebabkan kondisi aku yang masih tidak stabil, aku pun membuat panggilan pada salah seorang pengarah syarikat, tetapi dia memberiku cuti seminggu dan tidak mahu menghentikan khidmatku. Aku bersyukur.

Selepas demam hampir dua minggu, Allah mengembalikan balik kesihatanku. Semoga selama aku demam menjadi kafarah dosa buat diri. 

Kini, aku menjadi lebih bersemangat ingin bekerja. Walaupun banyak ditegur, semoga hari-hari kerjaku menjadi pengalaman yang sangat manis. ^_^












No comments:

Post a Comment