Pages

Monday, 17 September 2012

PUISI SEORANG HAMBA



"Bismillahirrahmanirrahimm"

Assalamualaikum saudara seIslamku,.

Moga diberi kesihatan, diberi kekuatan oleh Allah SWT



Di keheningan malam itu,
Aku keseorangan,
Menongkat dagu di atas meja,
Termangu-mangu memikirkan,
Masalah yang selalu bertandang,
Mengapa ia selalu datang,
Ketika aku sedang bergumbira di rumah,
Adakah ini menunjukkan aku seorang munafik,
Nau’zubillahiminzalik,
Kumohon dijauhkan,
Hanya kepadaNya kumemohon,
Supaya diberi kekuatan,
Untuk mengharungi ujian sekecil ini,
Sungguhlah aku ini,
Sangat lemah dalam bermujahadah,
Di mana kekuatan Iman, Islam & Ihsan dalam diri?
Adakah aku mempunyai penyakit wahan?
Penyakit yang cinta akan dunia,
Akhirat dipinggirkan,
Hiburan diagungkan,
Majlis agama dielakkan,
Semoga yang buruk dijadikan sempadan,
Hanya menuju keredhaan Tuhan,
Wallahualam.


semoga Iman ini selalu diubati...=)





No comments:

Post a Comment