Pages


Sunday 17 February 2013

SEMESTER 6 aku datang!!!








.............................................Bismillahirrahmanirrahimmmm.......................................




Assalamualaikum w.b.t yg melihat entri ana..
alhamdulillah wa syukurillah kepada Tuan punya dunia, Allah Azzawajalla...

Dapat lagi meneruskan pengajian yang sudah tak lama dengan izinNya. 
Sampai dengan selamat dihantar oleh kakak terchenta. Apa perasaan di semester 6 nih ya?

Semasa melihat result peperiksaan yang lalu aku dikejutkan dengan pointer jatuh menjunam dengan banyaknya dan first time menjadi repeator. Apapun ada hikmahnya, diriku sudah banyak terlanjur dengan perkara yang lagha, mungkin kejatuhan ini akan memberi kekuatan untuk bangkit semula untuk istiqamah (moga2) dalam segala kebaikan yang kulakukan dengan izinNya. Apapun aku bersyukur mak ayah, saudara,sahabat yang memahami dan memberi sokongan walaupun aku tahu (terutama mak ayah) sedih dan terluka dengan aku. Aku dah menghancurkan harapan mereka. Ya Allah, ampuni dosaku! 

Harapnya semester ni akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Aku nak perbetul apa yang tak betul. Niat belajar kerana Dia bukan kerana pointer. Aku tahu Dia sedang menjaga aku. Setiap sesuatu yang dilakukan ada hikmahNya. Bukan saja-saja. 

Buat sahabat yang lagi hebat ujiannya, kamu adalah orang yang terpilih. Kamu adalah orang yang berjaya mengharungi ujian sebab itu dipilih. Jangan berasa lemah! Teruskan perjuangan....semoga kejayaan milik kita!!! semoga ini bukan sekadar kata-kata...

nak kongsi kata-kata saudara kita..

Fokus dan disiplin.
Hubungan dengan Allah dan jelas matlamat.
Belajar dari orang lain yang lebih hebat dan terus menerus dahagakan ilmu.
Berlatih, berlatih dan berlatih.

Itu tips yang saya pegang selama ini.

Kita semua boleh berjaya insyaAllah. ♥ - via Hilal Asyraf(Official)















..............................................................................................................................................











No comments:

Post a Comment