"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Selepas meletak jawatan sebagai timbalan
exco keusahawanan under institusi masjid, kini baruku tahu betapa pentingnya
jawatan tersebut bukan setakat menjana ekonomi masjid tetapi juga untuk
berdakwah. Mungkin kekurangan pengalaman, persediaan dan skill, aku tak dapat
melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Terlalu bergantung kepada
orang lain. Banyak kelemahan yang dapat diperhatikan semasa memegang jawatan
ini. Takutnya aku bila fikirkan akhir zaman ini terjadinya orang yang memegang
jawatan di bawah institusi agama adalah orang yang bukan dikalangan orang yang
beragama. Nauzubillah..
Menyesal tak berguna. Cukuplah ia
sebagai pengajaran. Aku tak menggunakan peluang berdakwah dengan sebaiknya.
Banyak mengambil kemudahan yang diberikan pihak masjid. Apa pun aku bersyukur
diberikan peluang ini. First time memegang jawatan yang penting. Semoga diberi
kekuatan untuk membantu adik-adik yang menggantikan.
Selama tiga sem di bawah
institusi ini, alhamdulillah berjaya melaksana dua program under exco
keusahawanan yang agak kelam kabut masa membuat persiapan, ini adalah dari
kelemahan diri sendiri, banyak mengharapkan ustaz, ketua and sahabat-sahabat.
The first program is ‘Lawatan
Kasih ke Hospital Sultanah Bahiyah’. Mula buat paperwork aku banyak melepaskan
diri, harapkan ketua, hasilnya paperwork banyak silapnya. Apolaei, konalah
ejang. Alhamdulillah program berjalan lancar dengan izinNya. Misinya untul
berdakwah dengan orang sakit dan memberi semangat kat depa. Tapi at the last
aku jugak yang nangis sebab tak tahan bila tengok kesusahan depa. Apo nak jadi
cek ni. Pastu dapat jugakla bersoal jawab dengan seorang nurse and pengiring.
Nurse ni memang sempoi abeh, ada ka patut dia cakap kami kena buat perjumpaan dengan
pakar pemakanan sebab asyik tanya pasal makanan ja. Memang pun. Alhamdulillah
tambah sedikit ilmu walaupun masih tak praktikan lagi. Apa yang aku masih
ingat, diabetes kena banyak kurangkan makan nasi and lebihkan makan lauk sebab
gula dalam nasi akan berkumpul di dalam darah bila kita tak aktif. Jadi gula
pun senanglah nak naik. Elakkan pengambilan makanan organ dalaman contohnya
hati sebab hati tempat simpannya perasaan, kestressan and lelain. Hehe...hentam suda.
 |
HSB aku datang!! |
 |
AJK dan peserta program ^^ |
For the last program is Kempen 7 Sunnah Hebat. Program ni
alhamdulillah berakhir dengan jayanya dengan bantuan Ustaz terutamanya sebab
ustaz yang banyak urus untuk program ni..huhu..malunya dengan ustaz, ketua
jugak and ajk, then sahabat-sahabat semua. Program ni sangat bagus and banyak
manfaat yang dapat tapi aku dilihat seperti orang yang tak berapa bersemangat.
Mungkin persediaan yang aku buat tak beberapa rapi and bersedia. Walaupun
namanya kempen, ianya seperti kem untuk dua hari. Mungkin masa tak mencukupi.
Antara aktiviti program seperti berbuka puasa berjemaah,
ceramah 7 sunnah disampaikan oleh seorang ustaz dari CAS kalau tak silap,
taddarus surah Al-Mulk. Esoknya pula ada qiyamulail, solat subuh berjemaah,
kuliah subuh by Ustaz Husam (sangat menarik penyampaiannya) and solat sunat
Dhuha serta taddarus surah Al-Kahfi. Program ini lebih mementingkan pengisian
rohani and bagitaw sedikit ilmu cara mempraktikkan 7 sunnah Rasulullah S.A.W.
 |
Memo program
|
 |
Ceramah 7 Sunnah Hebat
|
 |
Saat berbuka puasa berjemaah |
Semoga apa yang aku buat and apa yang aku dapat diredhai
Allah. Perjalanan masih lagi jauh. Bersemangatlah menuju ke hadapan and
ingatlah yang lepas sebagai pengajaran. ;)
p/s: Nabi Muhammad S.A.W apabila berjalan, berjalan dengan
penuh bersemangat!!!!!!!!!!
------------------------------------------tHE
eNd----------------------------------------