Pages


Friday 13 September 2013

Homesick





Astaghfirullahala'zim...
Baru beberapa hari aku di UUM untuk final semester pengajian da rasa homesick. Semasa awal semester dulu tak adalah rasa homesick sangat pun tapi bila di hujung-hujung semester mulalah rasa teringat dekatrumah sangat-sangat-sangat walaupun tak daklah jauh sangat pun rumah dengan UUM. Mungkin hari cuti hujung minggu ni ditambah dengan cuti umum 16 sept kebanyakkan kawan-kawan balik rumah. Mungkin inilah perasaan sahabat-sahabat yang jauh dengan rumah dan perasaan sedih mak ayah bila aku meninggalkan rumah. Baru sekarang aku pula merasai..huhu.

Nak jugak balik tapi tak mau menyusahkan mak ayah datang ambek. Camna tu? Tak apalah, sabaq sat. Insya Allah ada jalannya. Walaupun dekat rumah tak dak buat apa pun yang menarik tetapi ada mak ayah yang tersayang..hehe. Walaupun dirumah aku tak dak menyembang sangat dengan mak ayah tetapi aku rasa selamat dan tenang di sisi mereka. Suka bila tengok depa bahagia dan lapaq masakkan mak...kiki.


"Ya Allah, kasihanilah ibu bapaku seperti mana mereka mengasihiku sejak kecil."



Mak ayah..moga sihat selalu






No comments:

Post a Comment